Sunday, May 8, 2011

Syok tak terkata !

Bangun pagi dengan semangatnya . Kenapaa ? Hari ni Cik Aina dah rancang dengan Fariha nak p Baling . Weeeee XD Agak lama kot sebenarnya tak jalan jalan kat Baling . Kali terakhir pun Cik Aina p sana dengan Ckin waktu nak p ambil sijil PMR -.-

Ronda satu Baling . Penat laaah ! Semuanya gara gara nak cari kedai photostat . Nyanyuk agaknya sampai kedai photostat pun boleh lupa .

Sebenarnya Cik Aina ada 3 misi keluar hari ni .

Misi yang paling utama : Nak beli hadiah kat mak tersayang :)
Misi yang agak penting : Hantar surat KPTM .
Misi yang agak tak penting : Beli sport shoes yang paling semadd di hati !

Misi nak beli hadiah tercapai akhirnya lepas dah berpeluh ketiak selama beberapa jam . Dasyat kan ? Tuh pun nasib baik jumpa Diana  , Tkah , Tkah II & Faimi kat Baling . Jutaan terima kasih untuk Diana , Tkah & Tkah II sebab tolong Cik Aina pilih hadiah untuk mak .

Misi yang agak tak penting tak berjaya dicapai . Sebenarnya bajet dah lari . Hihi . Cuba buang misi tuh jauh jauh untuk sementara waktu . Sabar jaa lah :/

Lepas dah beli hadiah , Cik Aina teman Diana p beli barang barang nak masuk Form 6 esok . Macam best pulakk kan dia dah nak sambung belajar ? Rasa macam ketinggalan jaa Cik Aina ni .

Memang seronok sangat keluar dengan Fariha , Diana , Tkah , Tkah II & Faimi hari ni ! Lama tak jumpa dpaa ni . Akhirnya boleh gak jumpa ! Bila dah jumpa memang gelak sakan laaah , macam macam cerita yang share . Ngeee :D

Perbualan yang tak boleh Cik Aina lupaa .

Faimi : Wey Aina , blog ang best lah !
Cik Aina : Haaaa ? *dalam hati fikir , ' Eh betul kaa apa yang aku dengar ni ?*
Tkah : Betul betul . Blog ang best !
Cik Aina : Haha .
Faimi : Ayat ang tulis best lah .
Faimi & Tkah : Blablablaaa .. *Cik Aina tak ingat sebenarnya -.-*

Waktu tuh memang Cik Aina rasa best sangat tapi cuba berlagak cool . HAHA . Cik Aina bukan best sebab dpaa puji tapi Cik Aina rasa best sangat sebab ada orang sudi baca blog Cik Aina . Sumpa terharu . Tskk tskk T.T

8.00pm ++ sampai 2.30pm++ .

Berapa jam eh ? Sila kira sendiri guna jari jemari comel anda pun dah boleh . Memang rasa puas kot keluar hari ni . Penat .

Mak sampai rumah jaa Cik Aina p bagi hadiah kat mak . ' Selamat Hari Ibu ! ' Mak senyum sambil cakap terima kasih . Cik Aina hulur hadiah kat mak sambil cakap , ' Tadi kakak tengok macam cantik , lepas tuh tengok macam tak cantik pulakk . ' Mak buka tengok ada tudung . Mak cakap okay laah tudung kaler ni . Mak try pakai . Mak cakap , ' Eh , okay lah ni . '

Hati Cik Aina berbunga riang . Tak sia sia Cik Aina ronda satu Baling .

5.00pm .

Keluar dengan Ain . Dia belanja ! Haha . Tak kan nak tolak rezeki kankan ? Ain belanja makan burger besar punyaaa ! Memang kenyang . Sembang macam macam dengan Ain . Lama laah tak jumpa dia walaupun taman dok sebelah jaa -.- Bukan tak mau jumpa tapi Ain sibuk sikit dengan kerja dia . Esok Ain pun dah nak masuk Form 6 . Bestnyaaa ! :)

Ronda ronda taman dengan Ain . Best ! Tengah dok best naik motor dengan Ain , Cik Aina ternampak kawan lama Cik Aina . Malu kot nak tegur sebab dia ni laki . Dia sengih , Cik Aina pun sengih balik jaa lah ! Haha . Cik Aina memang lama kawan dengan dia ni . Sejak dari pra - sekolah lagi ! Main nyorok bawah meja dengan dia . Budak budak lah katakan -.-

Lepas dah puas ronda baru Cik Aina balik . Best best best ! Selalu Cik Aina dok terperuk jaa dalam rumah . Memang bosan sebab tak daa sapa nak dengar cerita Cik Aina kecuali mak ayah jaa . Sadis kan ? Hihi .

Jutaan terima kasih untuk kawan kawan terhebat untuk hari ni ! Harap lepas ni bila semua dah sambung belajar , jangan lupakan aku okay ?

Yang paling penting , Cik Aina syok sebab mak suka dengan hadiah Cik Aina ! Weeeee XD
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

4 comments:

  1. bile ade kawan ckp dorg bace blog kte mmg rase nest smpai nk banje dorg mkn . hehee ;p

    ReplyDelete
  2. @Dududu haha ! btol2 . tp pokai lak wktu tuh ! xda rezeki laah kot . hihi

    ReplyDelete