Mak dengan Cik Aina p Klinik Kesihatan Kuala Ketil sebab nak buat medical check - up . Waktu tuh dah pukul 3 lebih agaknya . Sampai sana , makcik misi tuh cakap doktor tak daa hari ni . Dia suruh meh lain esok . Mak cakap , ' Esok ada mesyuarat . Dia ni semua nak mai dengan mak . ' Cik Aina sengih jaa lah . Pastuh dia cakap dengan nada sindir , ' Orang lain mai sendiri tak paa pun . ' Memang cuak dah waktu tuh ! >,< Misi tuh nampak Cik Aina pegang borang PLKN . Dia cakap , ' Ni awat tak isi lagi ni ? Borang tuh kena isi dulu paa semua tuh . ' Mana lah Cik Aina nak tau . Hmm . Dia langsung tak senyum . Ada berlian berharga berjuta juta ringgit dalam mulut agaknya -.-
Pagi tadi .
Cik Aina bangun dengan rasa tak semangatnya sebab nak kena p buat medical check - up sendirian . Teringat lak muka makcik misi semalam . Kalau ikut hati memang tak teringin nak jejakkan kaki kat klinik tuh langsung !
Jalan kaki . Ambil masa 10 minit gak rasanya baru sampai . P kat kaunter pendaftaran . Dari jauh lagi mata dah kenalpasti si makcik misi . Hmm , sabar jaa lah . Malang tak berbau , borang yang Cik Aina bawa tak cukup . Ada satu borang lagi yang kena bawa . Cik Aina pun terkedek - kedek jalan kaki balik rumah semata mata nak p ambil borang tuh ! ARGHHHHHHHHHHH !!
Memang dah berpeluh ketiak waktu nak patah balik p klinik tu . Letih laaaaah ! Dah lah kena tunggu lama . Sikap mesra pelanggan langsung tak daa ! Agak agak lah sama kan . Bukan susah pun nak senyum . Mahal sangat ke kos senyum tuh ? Grr ~
Tunggu lama . Akhirnya nama Cik Aina kena panggil . Cik Aina pun masuk dalam bilik tuh .
Kena check tekanan darah . Sambil sambil tuh sembang lah dengan Encik Pegawai Perubatan tuh .
Encik : Macam mana rasa nak p PLKN ?
Cik Aina : Haha . tak tau laah ! Ketaq kot .
Encik : Best paa p PLKN , boleh pegang m16 woo !
Cik Aina : Haha .
Encik II : Eh best laah PLKN .
Encik : P dulu sehari , kalau tak tahan biaq kami dua orang p ganti .
Cik Aina : * senyum *
Encik : P sana nanti boleh p cari marka [ pakwe ] baru laah . Yang kat sini ni dok tunggu lah dia .
* Tak ingat dah . Banyak sangat dpaa dua orang dok merepek . Haha
Encik : Nanti kena p buat test blood .
Cik Aina : Gulppp ! * rasa macam darah dalam badan berhenti mengalir akibat terlalu terkejut
Encik : Mai ikut .
Masuk kat dalam bilik yang satu lagi . Dia pun buat lah prosedur yang nak cucuk mencucuk ni . Takut gilaa Cik Aina tengok jarum . Lama dah tak kena cucuk .
Encik : Bismillah .. * sambil cucuk jarum tuh
Cik Aina tengok ke arah lain . Tak sangup nak tengok darah keluar . Semakin lama semakin sakit dia cucuk . Jarum tuh makin lama makin ke dalam . Sakit gilaaa wey !!
Cik Aina rasa dia dah cabut jarum tuh . Cik Aina berpaling tengok jarum tuh .........
Tak daa darah pun !!! Geramnyaaaaaaaaaa .
Encik : Kenapa darah tak keluaq pulak ni . Tukar tangan lak . Bawak mai tangan kanan lak .
Malang , benda yang sama jadi . Dia gelak . Eee budak ni ! Dia boleh lagi gelak , yang sakitnyaa Cik Aina !
Encik II meh . Dpaa sembang paa tak tau . Cik Aina nampak dia bawa jarum yang LAGI BESAR ! ARGHHHHH !! Dia cucuk pulakk kat tangan Cik Aina kali ni . Kat situ kan tempat yang lebih sensitif berbanding kat pelipat tangan tuh ?? Maksudnya akan lebih sakit laaah !
Encik : Sabaq naa ! Hihi . * gelak
Wuaaaaa !! Macam nak keluar air mata dah . Encik II meh tengok Encik cucuk jarum kat tangan Cik Aina . Pedih ! Malang 23456789 kali ganda , darah tak keluar gak !
Tukar orang . Encik II lak cucuk . Alhamdulillah , darah keluar akhirnya selepas menyeksa Cik Aina sepuas puasnya ! Keluar p check jenis darah kat makmal lak .
Darah A .
Cik Aina baru tau jenis darah Cik Aina -.-
hahaha.. slmat g plkn yaw aina.. ;)
ReplyDelete