Saturday, May 7, 2011

Project NS

Cik Aina sewel hari ni . Bangun pagi . Isyhh ! Mengantuknyaa . Badan rasa tak larat sangat -.-

Dok bertapa atas katil untuk seminit . Napa jadi tak larat sangat ni ? ' Letak kepala sat laah atas bantal . Nanti bangun laah ' , fikir Cik Aina . Bila dah letak kepala memang sah sah lah tertidur kan ? Sayup sayup terdengar suara mak kejut Cik Aina bangun . Keluar bilik p join mak ayah tengok tv dengan bau wangi . Hihi

Dengar ayah Cik Aina merepek . ' Kakak cuba lah bangun awal . Nanti nak p PLKN macam mana ? Dah lah kena bangun pukul 5 pagi . ' *Betul ke pukul 5 ? Ayah ni pandai pandai jaa nak menakutkan Cik Aina* Adoyy ! Rasa macam kata kata tuh menusuk dalam hati . Dush dush ! Dah lah sekarang Cik Aina tengah berusaha nak jadi cool setiap kali ingat pasal PLKN .

Bosannya pagi ni .

Terdetik di hati nak tengok 8TV . Entah kenapa . Tengok kat info ada cerita ' Ghost ' . Cik Aina pun dengan bangganya kumpul semua keberanian nak tengok cerita hantu . Bajet berani -.-

Last last tengok ada cerita ' Projet NS ' . Astro tipu kuat -.-

Nak tau apa maksud ' Project NS ' ? Maksudnya , Project National Service atau lebih dikenali sebagai Latihan Khidmat Negara . PLKN lagi !

Agak best kot cerita tuh ? Dia tunjuk pengalaman pertama nak p PLKN . Yang peliknya , Cik Aina turut sebak tengok waktu dpaa nak berpisah dengan family tuh . Sedih laaaah ! :'(

Nanti mesti Cik Aina pun jadi camtuh kan ? Cik Aina tak pernah berpisah dengan family lebih dari sebulan rasanya . Dulu pun Cik Aina dok asrama harian jaaa . Selalu balik 2 minggu sekali . Sekarang bila dah terbiasa dok rumah , rasa macam tak mau dok jauh dengan family . Tskk tskk T.T

Hari tuh Cik Aina ada sembang dengan Cik Sheyhan pasal PLKN . Memang best cerita dia tapi mula mula laah agak menakutkan sikit dengan pelatih PLKN . Garang ! Rasanya kalau kena jadi skema Cik Aina boleh lagi tahan , tapi tak perlu kot jadi garang ? Cik Aina takut :(

Yang menarik pun aktiviti dia jaa . Cik Aina memang suka sangat sangat ! Lama dah tak buat aktiviti lasak . Ni masanya Cik Aina lepaskan rindu sepuas - puasnya dengan aktiviti lasak . Weeeee XD

Tinggal seminggu jaa lagi . Harap semuanya berjalan dengan lancar .

Nak p jalan jalan kat Jitra petang ni . P tengok adik laki Cik Aina . Yeayyyy !! Cik Aina nak jalan puas puas sementara dok kat rumah lagi ni .



Nota comel : Maaf . Selagi Cik Aina tak p PLKN , selagi tuh laah ada cerita pasal ketakutan nak p PLKN yang menghantui diri . Balik PLKN nanti , mesti ada cerita PLKN gak ! Tapi nanti Cik Aina nak cerita pasal M16 bagi hgpaa jealous . Hihi
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

5 comments: