Sunday, July 17, 2011

imej VS diri sebenar

Okay . Neh salah satu benda yang Cik Aina belajar kat PLKN . Kadang kadang kita akan guna imej dalam sesuatu situasi tapi kita selalu tampilkan perangai diri sebenar bila dengan orang orang yang kita rapat . Sekarang , Cik Aina lebih banyak guna imej daripada diri sebenar . Hmm .

Diri sebenar.

Dulu kat sekolah Cik Aina memang antara golongan manusia yang tak reti nak dok diam . Asyik nak bercakap jaa 24 jam ! Waktu cikgu paling garang dok mengajar pun Cik Aina akan tetap bercakap tanpa henti dengan kawan sekelas . Orang lain semua dah macam terkunci mulut bila cikgu tuh masuk tapi Cik Aina langsung tak makan saman laaaa ! HAHA . Cik Aina laa muka WANTED bercakap bila waktu akaun ! Asyik kena tegur jaa sampai cikgu pun dah pening nak cakap apa lagi dengan Cik Aina , hihi . Skema ? Tolong laaa ! Cik Aina bukan jenis yang nak ikut peraturan sangat . Takut memang takut tapi rasa syok bila boleh langgar peraturan , haha ! Waktu Form 4 , Cik Aina antara orang orang bertuah yang selalu nak kena buat pembentangan kat depan sampai orang lain muak tengok muka Cik Aina dah . Sumpa confident jaa cakap kat depan . Semua pembentangan lancar jaa . Idea nak bercakap memang banyak . Reti nak kaitkan dengan fakta fakta yang lain sampai kena puji . Hihi . Bila pindah sekolah , style cikgu mengajar dah berubah . Cikgu dah tak minta budak budak kelas buat pembentangan dalam kelas macam sekolah dulu .

Imej .

Poyo . Sekarang memang Cik Aina manusia yang paling poyo di dunia ! Dok dalam kelas senyap jaa , tak banyak cakap macam orang lain . Kadang kadang jaa sembang sikit sikit dengan kawan kawan . Tengok orang lain dok buat lawak , Cik Aina cuma tumpang gelak jaa . Hmm . Sedihnyaaa ! Rindu nak gelak ramai ramai dengan kawan kawan macam dulu :( Memang hgpaa takkan sangka yang Cik Aina dah berubah jadi sepoyo yang mungkin . Takdaa dah nak buas dalam kelas macam dulu . Dah tak bercakap lagi bila pensyarah tengah bagi penerangan . Takdaa dah ' punggung beroda ' macam dalam kelas dulu . Sekarang ' punggung berakar ' pulak ! Dok diam diam jaa kat tempat Cik Aina . Sekarang , nak bercakap dalam kelas memang nervous . Tak terkeluar ayat rasanya . Dah tak confident macam dulu . Dah hilang kebolehan nak bercakap depan orang lain macam dulu .

Semua dah berubah sekarang . Harapnyaa semua neh tak berkekalan . Cik Aina tak mau terus guna imej berbanding dengan diri sebenar . Terseksanyaa rasa ! Semoga Cik Aina cepat sesuaikan diri dengan persekitaran baruuu .

Berbeza sangat dulu dengan sekarang . Cik Aina rindu gelak tawa kawan kawan Cik Aina . Rinduu sangat kat hgpaaa wey ! Sekarang semua dah terpisah kan ? Ada yang dok kat U , ada kat matrik , ada kat poly & ada yang dok Form 6 . Tak kira kat mana pun hgpaa ada  , tolong laa jangan lupa semua kenangan kita kat sekolah dulu . Cik Aina ada dengar cerita cerita yang tak best dah . Ada yang mula lupa kawan . Ingat , sekali kita KAWAN selamanya kita tetap KAWAN :)


Nota comel : Meriah aihh rehearsal konvo PTSB hari neh ! Esok konvo yang betul mesti lagi meriah . Tak suka tengok orang ramai ramai ! Sesak >.< Nasib laaa semua kelas Cik Aina esok cancel . Bestttt tapi parah laaa nak ganti kelas nanti -.-'
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

1 comment:

  1. kalau dh kawan selamanya kawan wpun hbngn tu dah tak rapat mcm dlu..

    ReplyDelete