Saturday, July 9, 2011

Hai , saya budak junior !

3 Julai 2011 ~ 5 Julai 2011

Hai ! Nama saya Aina Nabilah Mansor . No matrik 16DAT11F1XXX . Saya budak junior kat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah . HAHA ^^ Agak skema kan ? Yayaya :DD Kalau hgpa tengok macam mana Cik Aina sepanjang Minggu Haluan Siswa ( MHS ) tuh , memang hgpaa akan gelak terbahak - bahak untuk sepurnama . Makk aihhh , gila skema waktu tuh !

First day .

Sampai sana , cuba berlagak cool padahal dalam hati dup dap dup dapp ! Waktu family masing masing nak balik , Cik Aina tengok ramai dah mula nak menangis . Memang rasa macam nak join , tapi orang KENTAL macam Cik Aina mana bolehh layan feel . Hihi . Cik Aina dah terbiasa dah dok jauh dengan mak ayah waktu dok asrama dulu , setakat nak berpisah seminggu tuh boleh laa nak tahan lagi ;) Macam mana pun , ada terselit gak rasa sebak dalam hati .

Jumpa ramai kawan kawan Facebook kat poly ! Yang bestt , Cik Aina langsung tak cam depaaa -.-' Mula mula sekali Alia Zahari laa send message cakap dia ada nampak Cik Aina kat cafe . Terkejut laa waktu tuh ! Memang Cik Aina ada nampak orang macam Alia kat cafe tapi silap orang . Yang Cik Aina nampak tuh Fatin Amalina si comel laa ! Lepas dah jumpa Alia , jadi rapat pulakk dengan si dia neh ! HAHA ! Mungkin sebab masing masing perangai sewel kot , tuh senang nak kawtimm !

Ramai lagi laa kawan kawan Facebook ! Jaweeee , Ejam , Suraya Abd Wahab , KFK , Cik Eizu Eiza & blablablaa ! Maaf tak bolehh nak mention semua nama sebab ramai sangat ! Hgpaaa neh memang terbaik laa sebab boleh cam Cik Aina :DD

Tak lupa gak kawan kawan sekolah Cik Aina . Fatin , kawan waktu dok SM Baling . Memang dulu satu geng sewel waktu dok asrama dulu . Geng WANTED handphone neh ! Macam laa kami saja yang jahat -.-' Pizi Hassan & Amir Shahir . Masih sengal macam kat sekolah rendah dulu ! Dah bertahun tapi perangai maintain laa , HAHA ! Yang paling tak bolehh blah , dok panggil PENDEK kat Cik Aina ! Tolonggg laa , hgpaa tuh pun bukannya tinggi sangat . Grr ~

MHS . Memang letih ! Malam baru nak jumpa bilik , selagi tak malam jangan harap laa nak jumpa bilik . Memang kena jadi berdisiplin laa sepanjang minggu tuh ! Cik Aina okay jaa sebab dah biasa dengan semua benda tuh tapi masalahnyaa Si Tutttt suka buat hal dengan Cik Aina . Pagi pagi Cik Aina dah siap awal tapi disebabkan tunggu Si Tutttt , semua jadi lambat . Ya Allah , tensionnya dengan Si Tuttt ! Dia ingat neh zaman sekolah kot , boleh buat semua benda ikut suka dia ! Rasanya kalau nak dibandingkan dengan Gary yang dalam cerita Spongebob tuh , Gary tuh lagi cepatt daripada Si Tuttt tuh ! Malas nak cerita banyak , nanti famous pulak kau . Harapnyaa kau cepat cepat laa berubah sebelum Cik Aina berubah jadi manusia separuh Hulk -.-' Nanti kalau ada kelas , ang buat lambat lambat lagi .. Sumpa aku tinggal ang ! Tak pernah lagi aku jumpa manusia se 'slow' sampai aku rasa nak nangis tengok perangai ang . Hebatt kannn ? Huh .

Hidup baru Cik Aina dah bermula ;) Nak fokus study jaa , tak mau dah fikir pasal boyfie segala ! Memang tak boleh nak lupa malam tuh waktu bukak profile Facebook Emy . ' In Relationship ' dengan kawan Cik Aina sendiri . Pedih . Malam tuh memang aku nangis .. Lama aku nangis . Sekarang aku sedar , aku boleh teruskan hidup aku tanpa kau . Sekarang , ang cakap sengaja letak status tuh sebab nak buat aku benci kau ! Hebattttt :) Ang dah berjaya & bolehh berhenti hantar message kat aku lagi . Apa yang ang nak dah tercapai !

Hidup memang ada macam macam dugaan tapi kita tetap kena teruskan dengan tabah . Percaya lah , setiap yang terjadi ada hikmah - Nya ;) Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk kita .
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

3 comments:

  1. aiikk, pernah duk SMKbaling, tak pernah nampak pun!!

    ReplyDelete
  2. hai.. saya budak senior.. umo saya 19 tahun ..nak kenal boleh? ahakssssssss...~! abaikn ja llki tu.. bikin hidup susah ja olang tu

    ReplyDelete