Saturday, May 14, 2011

Selamat tinggal ;(

Hmm .

Baru lepas kemas barang . Penuh beg tuh . Macam nak berkampung kat kem lagaknya .

Kepala Cik Aina kusut . Sungguh Cik Aina tak tipu .

Semua orang cakap PLKN best . P PLKN sat jaa . Jangan risau lah .

Semua tuh langsung tak bagi kesan kat Cik Aina . Entah kenapa . Memang betul semua tuh tapi macam mana Cik Aina nak sesuaikan diri kat sana ? Memang Cik Aina boleh tapi semua tuh agak ambil masa yang lama .

Cik Aina rindu . Memang rindu :( Cik Aina takut bila Cik Aina bangun pagi , semua dah tak macam dulu . 

Kenapa berat hati sangat ni ? Macam tak pernah lalui semua tuh jaa kan ? Pelik . Kali ni memang betul betul bagi kesan kat Cik Aina .

Air mata jatuh jua .

Selamat tinggal semua ;'(

Nota comel : Terima kasih untuk follower ke 300 . Nak follow tapi link kat profile banyak . Tak tau yang mana satu blog awak . Tinggalkan jejak kat shoutbox okay ? Thanks again :)

Photobucket

Banner PLKN akan melekat kat bawah header Cik Aina sebentar lagi sampai Cik Aina balik kem .
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

5 comments: