Saturday, May 14, 2011

Hari terakhir T.T

Akhirnya boleh gak update baru ! Ingat dah tak sempat nak update entry baru lagi :(

Hmm . Esok dah nak p PLKN . Berat hati sangat tapi sedaya upaya berlagak cool .

Sedih ? Hanya Allah yang tau :(

Hari tuh ada fikir nak tangguh PLKN . Leceh ! Banyak sangat benda yang nak buat . Lebih baik p jaa kan ?

Rasa malas berganda ganda nak kemas kemas barang ! Arghhh !

Rindu .

Rindu mak ayah .

Rindu nak p melawat adik adik kat asrama .

Rindu bantal peluk . Nasib mak dah belikan bantal peluk baru yang wangi nak p PLKN. Weeeee XD

Rindu bangun pagi . Gosok mata , mengeliat sampai puas puasnya . Sambung tidur balik kalau rasa mengantuk . Hihi

Rindu celik celik mata jaa terus cari fon . Kadang kadang ada kat bawah katil . Entah kenapa . HAHA

Rindu nak online sepuas - puasnya .

Rindu komen sambil chat dengan kawan kawan terhebat kat Facebook sambil gelak sorang sorang macam orang gila .

Rindu nak lepak kat page [ via Blackberry Cangih ]]

Rindu nak perang LIKE & perang POKE kat Facebook .

Rindu fon buruk Cik Aina . Selalunya fon tuh akan melekat dengan Cik Aina 24 jam -.-

Rindu nak blog - walking .

Rindu balas komen kawan - kawan blogger .

Sedih . Sumpa tak tipu . Harap kawan kawan kat sana nanti dapat kurangkan rasa rasa rindu tuh :'(

Harap kawan kawan terhebat tak lupa Cik Aina . Cik Aina tak da keistimewaan apa pun yang nak buat kawan kawan Cik Aina tak lupakan Cik Aina kan ? Hmm :/

Semoga semuanya berjalan lancar . Aminnn ..

Selamat tinggal :'(
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

11 comments:

  1. papai cik aina...weee....~ nnti dapat balik umah on9 la puas2 oii... nnt kita men poke2 sesame sama yea??? hahahaha

    ReplyDelete
  2. @Miss Nana wuuu :( sedih . kaka xbls pn poke , haha

    ReplyDelete
  3. eh,awk kena plkn ..
    byebye..
    selamat berkhidmat utk negara..
    haha :p

    ReplyDelete
  4. aina T.T ...
    xda dah kawan blog aku yg rajin update..
    sedih sedih..
    pape hal..
    selamat berkhidamat untuk negara :)

    ReplyDelete
  5. AIna nnt akk pokes mu n tag lam post bnyak2 kang..hahaha

    ReplyDelete
  6. @Miss Nana hihi . xpa laah ;) maceh jaa lah . lalala ~

    ReplyDelete
  7. terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

    Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

    Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

    ReplyDelete