Tuesday, April 19, 2011

Kenapa cepat mengalah ?

Cik Aina tak paham .

Kenapa manusia sekarang neh ada masalah kecik sekeciknyaa tapi dah mula bercakap bukan bukan ? Contoh terbaik seperti di bawah .

' Aku rasa macam nak mati jaa . '

Serius Cik Aina cakap , sapa yang cakap macam tuh atau ayat lain yang seburuk dengannya memang akan kena ganyang habis habisan dengan Cik Aina . Waktu tuh tiba tiba jaa Cik Aina akan bertukar menjadi ustazah , hoho . Sila percaya .

Setiap orang ada masalah peribadi sendiri & percayalah walaupun betapa hebatnyaa dia di mata orang lain , kadang kadang dia akan tewas dengan masalah dia sendiri . Kadang kadang kita tengok seseorang tuh penuh dengan gelak tawa jaa , muka maintain senyum ke telinga 24 jam tapi dalam hati dia tak daa sapa yang tau kan ?

Hmm . Cik Aina memang akan pesan dengan orang orang yang rapat dengan Cik Aina , share masalah yang kita ada tuh dengan orang lain . Jangan kedekut sangat nak simpan sorang sorang , hihi . Sebenarnyaa bila kita share masalah dengan orang lain , dengan automatiknya beban masalah tuh akan rasa berkurangan .

Cik Aina tak suka tengok kawan kawan Cik Aina jadi lemah dengan dugaan yang Allah bagi . Sepatutnya kita kena berani berhadapan dengan dugaan tuh bukan sebaliknya melarikan diri daripada dugaan tuh . Belajar terima hakikat tak kira betapa peritnya hakikat tuh !

Bukan kita sorang jaa yang ada masalah kat dunia neh kan ? Ramai lagi insan kat luar sana yang ada masalah lagi berat daripada kita , tapi kenapa kita tak boleh jadi setabah dpaa ? Kenapa ? Ingat . Allah tak kan duga kita sedemikian rupa kalau dia tau kita tak boleh hadapi masalah tuh .

' Kita sering menyalahkan takdir jika gagal memperolehi sesuatu yang kita inginkan sedangkan Allah sebenarnya merancang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan '

Berhenti sejenak dan hayati maksud ayat neh sedalam dalamnyaaaa :)
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

2 comments:

  1. i like this..
    aku la tu yg gelak 24 jam..
    tapi dalam hati..org xtau pun..
    haha

    ReplyDelete
  2. @Nor Syafiqah hoho , xmaw cdey2 ! chill saja dear :)

    ReplyDelete