Hmm . Rasanya semua entry Cik Aina hari neh akan disulami dengan kesedihan akibat emo awal awal pagi tadi . Sila sediakan sapu tangan supaya dapat dikitar semula sebagai bukti kita sayangkan alam ini .
Entah kenapa , peristiwa kehilangan rumah neh selalu bermain main di fikiran . Rasa sakit tuh masih berbekas di hati . Pedih .
Birthday Cik Aina tahun lepas .
Kami sekeluarga berkumpul di anjung rumah . Dah tak sabar nak makan kek yang baru dibeli oleh mak tersayangg . Happy tak terkata . Tiba tiba jiran sebelah meh rumah berbekalkan kayu sebesar lengan . Dah tua tapi perangai macam cilaka . Maaf .
Imbas kembali .
Semuanya bermula akibat ketidakpuasan hati dpaa lepas ayah Cik Aina tokok tambah sikit rumah Cik Aina . Dpaa neh bukan nak cakap depan depan , dpaa guna langkah p report kat Majlis Daerah . Akhirnya terpaksa lah bayar denda beberapa ratus sebab tak hantar pelan nak tokok tambah rumah . Bahagian mana yang ditokok tambah sebenarnya tuh ? Bahagian bumbung tempat letak kereta sahaja . -.- Mungkin memang salah ayah Cik Aina sebab tak hantar pelan kan ? Okay . Sabar .
Kembali pada petang birthday Cik Aina .
Jiran Cik Aina neh bukan meh serang ayah Cik Aina sorang sorang tapi angkut bawa balik anak beranak habis . Kenapa ? Takut kaa ?? Tak cukup ayah Cik Aina kena bayar denda , dpaa masih tak puas hati . Katanya kedudukan rumah Cik Aina neh tak ikut macam pelan . Kiranya bahagian ruang tepi rumah Cik Aina ada termasuk kat tanah dpaa lah .
Ayah Cik Aina buat pagar tepi rumah ikut pintu pagar rumah Cik Aina yang dah berbelas tahun dibina oleh pemaju taman sendiri . Bukan ayah Cik Aina pandai pandai buat sendiri ! Bila ayah Cik Aina cakap nak call pemaju supaya pemaju tuh dapat terangkan , dpaa mula lah gelabah & mengamuk macam orang gila .
Akhirnya ayah Cik Aina mengalah . Dengan muka tembok setebal 1000 inci , dpaa masuk ke rumah Cik Aina lalu pacakkan kayu sebesar lengan tuh yang diikat dengan kain merah . Kononnya nak tanda tanah dpaa lah . Padahal tanah yang dpaa dok tuh tanah FREE ! -.-
Ayah Cik Aina terpaksa buang segala tanaman kesayangan beliau di bahagian tepi rumah untuk memuaskan hati manusia tersebut . Sanggup kan meh cari gaduh semata mata untuk tanah sekangkang kera tuh ? Kenapa selama berbelas tahun neh senyap jaa ?
Kejadian neh memang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap hidup kami sekeluarga . Pernah beberapa kali Cik Aina nampak mak tersayang menitiskan air mata sambil menatap pelan rumah Cik Aina . Cik Aina tak kan mampu lupa saat itu . :(
Sekarang . Rumah itu akan dijual . Rumah yang berbelas tahun jadi tempat Cik Aina berteduh . Tempat Cik Aina membesar .
Semoga rumah tuh dapat dijual secepat mungkin sekaligus dapat beli rumah yang baru supaya Cik Aina dapat rasa betapa nikmatnya tidur nyenyak di rumah sendiri . Home sweet home .
Keluarga Cik Aina dah lama maafkan manusia tersebut tapi pedih di hati masih terasa . Maaf .
Jomm derma dengan penuh kasih sayang kat Cik Aina . Tekan banner di bawah . Percuma saja .
Lai lai lai . Hihi
Salam.bw here^^ nice blog :)
ReplyDeleteFeel free to visit me @ frommetoyou~
Ada entri baru^^ TQ
sengal nyeee ! siap pacak kayu n bendera merah lagi . ape punye jiran macam tuh ? hadoi . sabar ye .
ReplyDeletedamn...memang celaka la orang tuh..kalau dapat jiran camtuh sebelah rumah,memang x akan aman..apapun sikap ayah awak amat bagus..:)..xpe2 nanti dapatla balasan dorang tuh..Allah s.w.t x akan biarkan..
ReplyDelete@アヌム ちゃん~~ wsalam :) Cik Aina da singgah .
ReplyDelete@Nazurah Mohd Noor hmm . tuh lah . hny mmpu sbar lah :(
ReplyDelete@Syuxer :) Allah maha adil . Stiap prkara yg kita buat akn ad blsnnya :)
ReplyDelete