Sunday, April 17, 2011

Cik Aina bukan blogger tegar .

Cik Aina bukan blogger tegar sebab Cik Aina tidak sesekali mementingkan blog setiap kali ada masalah .

Kebelakangan neh , Cik Aina mengalami kecelaruan mood yang agak kronik lalu menyebabkan entry blog tercinta hilang daripada dashboard hgpaa selama beberapa hari . Sebenarnyaa banyak benda kot yang Cik Aina nak tulis , tapi mood menghalang Cik Aina dari mengetuk - ngetuk keyboard . Pernah gak beberapa kali Cik Aina usha blog tercinta . Usha kotak jerit & followers .

Sebab musabab Cik Aina mengalami kecelaruan mood .

1. Temuduga KPLSPM

I'm so nervous ! Waktu check keputusan KPLSPM hari tuh , Cik Aina kena print soalan . Kena jawab soalan tuh then pass up waktu temuduga . Soalan tuh terasa begitu senang tapi otak Cik Aina blurr . Langsung tak dapat berfikir apa pun .

Soalannya :
i) Secara ringkas sila nyatakan :
          a) Mengapa anda memilih profesion perguruan
          b) Pengalaman ( pengetahuan ) anda dalam bidang perguruan
ii) Sekiranya anda terpilih apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang perguruan

Nak tolong jawabkan ? Sila silaaaa . Hihi

Tak cukup dengan soalan yang serabutkan otak Cik Aina , nanti waktu temuduga Cik Aina kena hadapi ujian bertulis dan temuduga berseorangan serta berkumpulan .

Aspek aspek yang akan ditanya :
a) Pengetahuan am , pendidikan dan isu isu semasa dalam dan luar negara
b) Kemahiran komunikasi
c) Sifat sahsiah

Cik Aina tersangat sangat sangat takut yang aspek a) tuh ! Dah lah malas nak tengok berita , grr ~ Lagi satu , Cik Aina risau kalau kena speaking waktu temuduga nanti sebab Cik Aina ambil option English . Hmm

2. Lappy ayah

Hari tuh Cik Aina online macam biasa jaa lah kan . Cik Aina memang suka buat lappy ayah macam hak persendirian . Hihi . Malang tak berbau , tengah Cik Aina dok syok online tiba tiba bateri low . Cik Aina pun sambung lah dengan charger macam biasa . Tak ada perubahan . Gulppp ! Cik Aina mula ketaq , banyak kali dah Cik Aina try tapi tetap macam tuh gak . Last last Cik Aina off lappy tuh , Cik Aina online guna komputer pulakk .

Dah lah komputer neh slow kalah kura kura ! Tak daa feel langsung online guna komputer lalu menyebabkan blog tersadai tanpa entry baru . Kenapa eh jadi macam tuh ? Cik Aina tak bagitau ayah pun , Cik Aina senyap jaa :/ * takut . Benda neh dah terjadi beberapa hari yang lalu .

3. PLKN

Hari tuh Cik Aina komen komen dengan sorang kawan neh . Dia sama sekolah tapi kelas lain lain , Cik Aina kenal gitu gitu jaa . Waktu Cik Aina post gambar pasal PLKN , tiba tiba dia komen cakap Cik Aina dapat kem sama dengan dia . Cik Aina okay jaa , sekurang kurangnya ada kawan yang kita kenal kan ?

Hari tuh Cik Aina menyampuk status dia waktu dia dok buat segmen jejak kasih dengan bakal peserta kem Sintok nanti . Tiba tiba jaa ada sorang kak neh dia cakap , sebenarnya kem Sintok yang paling ketat disiplinnya . Adeyy.

*****

Petang semalam p melawat Cik Aida .

Perbualan dalam kereta .

Aida : Kakak tak p PLKN lagi kaa ?
Cik Aina : -.- Kena p bulan 5 lah . Sekarang baru bulan 4 . Dah lah dpaa cakap peraturan kat sana yang paling ketat .

Mak tiba tiba menyampuk .

Mak : Bagus lah palingg ketat .
Cik Aina : Err ? -.-

Sekian saja entry Cik Aina pada kali neh . Tolong doakan Cik Aina untuk temuduga nanti :)
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

2 comments: