Sunday, April 24, 2011

Budak budak !

Kehangatan petang neh terasa berganda ganda dari hari sebelumnya . Sedang Cik Aina menaip dengan khusyuk sebentar tadi , terasa peluh keringat menitis tanpa kawalan . Haha !

Tak cukup dengan panas terlampau , penyakit bosan pun menyerang bertubi tubi . Dushh dushh !

Okay murid murid . Hari neh Cikgu Aina nak berkongsi cerita pasal budak budak zaman sekarang . Ada bakat kankan ? Hihi . Macam macam perangai dpaa neh  -.- Antaranyaa . .

1. Mulut kurang ajar .

Cik Aina paling geram dengan budak budak yang mulut agak kurang ajar neh . Macam nak cili jaa mulut dengan selori cili tempatan yang kaw kaww punya ! Tak padan dengan kecik . Setiap hari ada jaa sumpah seranah yang keluar dari mulut , yang peliknya mak si budak tuh pun sama naik gak main sumpah seranah . Perangai sama saja ! Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan ? Macam mana adik yang lebih kecik tak ikut perangai tuh ? Kalau nak main sumpah seranah pun , sumpah seranah lah hgpaa anak beranak . Masalahnya , yang jadi mangsa neh Cik Aina ! Bernanah telinga Cik Aina neh tau tak ?

2. Budak kecik yang naik motor walaupun kaki tak sampai .

Sebenarnya Cik Aina tak kisah pun hgpaa nak naik motor p mana pun tapi jangan lah kacau ketenteraman awam macam Cik Aina neh . Tak kira petang atau malam , sama saja bagi dpaa ! Lebih baik lah hgpaa dok rumah baca buku lagi bagus tau tak ? -.- Cik Aina agak takut tengok budak budak yang naik motor laju neh . Kenapaaa ? Meh Cik Aina nak cerita . .

Kejadian neh terjadi bulan lepas kalau tak silap . Anak murid mak yang baru darjah 2 meninggal . Cik Aina tengok mak macam agak tersentap . 

Punca kematian dia . Dilanggar oleh sorang budak sama sekolah yang baru darjah 4 . Darjah 4 dah langgar orang sampai mati ! Bayangkan macam mana kejadian tuh boleh mempengaruhi hidup budak darjah 4 tuh ? Yang lebih kesian . budak darjah 2 tuh tak sempat lagi nak menikmati hidup di bumi ciptaan Allah .

Kesimpulannya . Sesiapa yang ada adik kecik , tolong lah jaga elok - elok . Nak kaa benda buruk jadi kat adik sendiri ?

Cik Aina pun agak risau dengan perangai gila game adik lelaki Cik Aina . Sepatutnyaa minggu neh dia boleh balik tapi dia nak stay kat asrama . Sebenarnya Cik Aina tau dia nak stay sebab boleh keluar p main game kat CC nanti . Ang sesat lah kat Jitra sorang ang Aiman oi ! Dia tak teringin balik sambut birthday kak dia . Tskk tskk T.T * Birthday Cik Aina pun dia tak ingat -.-

Selesai saja entry neh , hujan pun turun . Main hujann jommm ! Ngeeee :D
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

2 comments:

  1. betul cikgu! :P
    hmm. sosial problem become worst. sedih kan.

    ReplyDelete