Sunday, September 18, 2011

WAN , aku mintakk maaf ;(

Pagi tadi . Nak bagi Nemo makan . 

Tengok Nemo dah terbalik kat dalam balang dia . Insang sebelah kiri Nemo terangkat . Kaget .

Serius aku tak boleh percaya dia dah mati . Baru semalam aku tengok dia berenang elok jaaa ;(

Mak aku cakap balang dia terlalu kecik sebab tuu dia mati . Dia kekurangan oksigen . Sepatutnya aku sedar yang dia dah besar , mana boleh letak dalam balang kecik tuh lagi . Ayah aku dah beli akuarium kecik untuk dia tapi aku pindahkan Nemo dalam balang kecik tuh sebab aku nak seludup bawak p asrama . Hari tuh ada spot-check , aku kantoi bawak ikan tuu . Depa cakap aku nak tenangkan fikiran kononnya . Kamonn laaaa ! Tak payah nak perli macam tuh . Dah laaa barang aku kena ambik padahal aku tengok orang lain yang bawak barang tuh tak kena rampas pun . Aku pelik . Aku diam . 

Minggu lepas aku bawak Nemo balik sebab aku rasa aku tak boleh nak jaga Nemo elok elok . Aku rasa ayah aku boleh jaga Nemo lebih baik daripada aku . Ayah aku yang bagi dia makan . Ayah aku yang tukar air dia selalu . Aku neh pulak asyik abaikan dia jaaa ;(

Sekarang Nemo dah mati . Aku mintakk maaf ! Aku ingat lagi dulu hangg cakap nak bagi ikan kat aku untuk hadiah hari jadi aku . Beria - ia aku namakan dia Nemo padahal ikan tuh pun hangg tak beli lagi kan ? Aku tak boleh jaga Nemo elok elok macam hangg jaga Buddy .


Sorry Nemo . Aku hanya sempat jaga hangg selama 4 bulan 1 minggu 5 hari . Sampai hati kan tinggalkan aku ? ;( Aku dah tak boleh dah nak tengok hangg berenang - renang lagi . Hmm .


p/s : Maafkan aku Wan Nurul Syafawani binti Wan Mohd Taufek .

Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

1 comment:

  1. saba la ye cik aina.. ad hikmah la 2 dsbliknyaa.. :)

    ReplyDelete