Sunday, June 12, 2011

sedihnyaa ;(

Ada sesuatu yang tak kena dengan Cik Aina . Pasti .

Lepas jaa Cik Aina balik dari kem , Cik Aina rasa macam segala galanya dah berubah . Semuanya berubah . Semua dah tak sama macam dulu . Rasa dunia neh kosong . Tak da sapa yang nak peduli pasal Cik Aina macam dulu lagi .

Kawan kawan sekarang semua busy dengan study masing masing . Report . Assignment . Test . Cik Aina jaa yang terperuk kat rumah macam orang gila . Pernah gak Cik Aina terfikir , kenapa Cik Aina tak masuk jaa matrik macam kawan kawan lain ? Kebetulan ramai kawan kawan Cik Aina yang dapat sama matrik dengan Cik Aina . Kenapa ? Kenapa ? Persoalan mati di situ saja . Tak terjawab .

Rindu . Rindu sangat dengan kawan kawan PLKN . Rindu bangun pagi , cepat cepat lari p mandi sambil mengigil kesejukkan . Beratur awal awal pagi nak p solat Subuh . Rindu berdiri tegak nyanyi lagu Negaraku & Khidmat Negara dengan semangat berkobar - kobar .

Berkhidmat untuk negara ,
Berbakti penuh setia , 
Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama ..  "

Rindu nak masuk kelas CB03 dengan Cik Erah . Cepat cepat nak masuk kelas sebelum muzik berakhir . Macam game pulak kan kena duduk dalam kelas sebelum muzik berakhir ? Tuh lah salah satu peraturan kelas , macam menarik jaa kan ? Rindu nak duduk dalam kumpulan kecil , tiap tiap hari kena buat perkongsian dalam kumpulan .. Mula mula memang rasa malu gila lah nak cakap tapi lama lama dah terbiasa . Agak frust sebab tak sempat nak jadi kaptain lagi :(

Aktiviti memang padat tapi best ! Ramai kawan kawan tapi sekarang bila balik kawan kawan sini dah tak peduli Cik Aina lagi kan ? Tak tau lah kenapa nak rasa macam tuh sedangkan semua orang cakap semua masih sama macam dulu . Otak rasa serabut sangat ! Tambah tambah lah sekarang tak sihat lak , emosi jadi lagi tak stabil . Lebih gila . Lebih sewel . Arghhh ! Harap semua yang Cik Aina rasa tuh cuma perasaan Cik Aina jaa ;(
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

0 comments:

Post a Comment