Tuesday, May 3, 2011

letihnyaaa !!

Hari neh dah janji dah dengan Cik Sheyhan nak keluar pukul X.00 AM . Pagi tadi Cik Aina dah bangun dah , tengok awal lagi terus sambung tidur balik .

Bangun tidur .

Celik celik mata terus tengok jam kat dinding . Dah pukul X.15 AM !!! Dah lambat 15 minit dah neh -.- Tengok fon ada banyak miscol ! Adeyy , Cik Aina terlambat bangun . Cepat cepat p mandi paa semua , pukul X.30 AM baru siap . Perasaan bersalah menghentam bertubi - tubi , hihi . Maafkan patik .

Sebenarnya hari neh Cik Aina & Cik Sheyhan nak p belajar kereta . Kuno ? Yaa yaa ! Dah lah Cik Aina tak pernah bawa kereta manual langsung , tiba tiba nak kena bawa kat jalan raya . Memang ketaq woo tapi Cik Aina tabahkan hati yang semakin goyah . Ngeeee XD

Perghhh ! Letih sangat sangat . Buat apa pun tak tau lah sampai letih macam neh .

Semakin hitam rasanya -.-

Balik rumah . Perut meragam pulakk ! Terpaksa laah mulakan sesi masak memasak sorang diri . Bertambah letih jadinyaa . Fuhhhh ~

Lagi teruk , Cik Aina lupaa sekarang neh Cik Aina ada ikan yang masih tak bernama yang kena jaga . Cik Aina tengok air bekas tuh dah kotor . Eh cepatnyaaa ! Baru semalam jaa Cik Aina tengok air tuh bersih . Semalam Cik Aina bagi makanan terlebih kat dia dengan harapan cepat tembam macam tuannya . Sebab tuh kot air dia kotor cepat sangat ! Terpaksa laah Cik Aina tukar air .

Nak tukar air macam mana neh ? Neh lagi satu masalah . Ada lah dua tiga insan yang suruh Cik Aina guna penapis kopi ! HAHAHA . No no no !! Cik Aina takkan buat macam tuh kat ikan kesayangan Cik Aina . Akhirnya terpaksa lah guna tangan sendiri -.-

Cik Aina geli sebenarnya nak kena pegang binatang , hihi . Kena biasakan diri dengan binatang lah lepas neh . Ada bagusnya gak Cik Wans bagi ikan tuh kat Cik Aina . Cik Aina nak jaga ikan tuh betul betul walaupun ada yang nak bakar ikan Cik Aina buat ikan bakar , ada gak yang ajak ikan Cik Aina berlaga dengan ikan dia ! Haha . Macam macam lah perangai kawan kawan Cik Aina neh c(:



Nota comel : Tak sempat nak update entry pasal contest semalam sebab sibuk try tuto orang . Sekarang Cik Aina dah jarang update entry kan ? Mood Cik Aina tak stabil sekarang neh , otak terasa semakin kusut . Hmmm :/
Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

0 comments:

Post a Comment