Monday, April 25, 2011

' no name ' yaa ? Kesian -.-

Bangun pagi .

Bergolek golek atas katil sambil peluk bantal wangi Cik Aina . Berfikir sejenak . Nak buat aktiviti apa hari neh eh ? Kematian idea . Hampir 4 bulan bangun pagi asyik fikir benda yang sama :/

Biasa lah pengangur terhormat lepasan SPM memang macam tuh lah lagaknya . Hampir setiap hari terperuk dalam rumah tanpa aktiviti menyeronokkan . Perasaan ingin cepat cepat sambung belajar semakin kukuh tertanam dalam hati dari hari ke hari . Jealous yaa amat terasa bila tengok ada kawan kawan yang dah sambung belajar kat kolej atau universiti . Cik Aina mana ada duit  banyak banyak nak tanggung perbelanjaan yang tinggi tuh . Kesian ? Sila tekan banner HeartBeat di atas . Percuma saja okayy ? Hihi .

Setelah puas berfikir sampai ke Pluto , baru Cik Aina bangun dari katil lalu meregangkan otot badan yang lembik akibat tidur lewat . Lompat lompat bintang sikit . 

Teruskan aktivit harian macam biasa .

Online lappy ayah . Usha blog macam biasa . Wahh ! Ada pesanan dari no name lah .

Tekan untuk pembesaran ;)

Gambar mana yaa yang awak maksudkan ? Mungkin gambar Cik Aina sendiri . Maaf . Cik Aina tak sesempurna awak lah :) Cik Aina banyak kekurangannya & Cik Aina terima segala kekurangan diri seadanya . Cik Aina suka gambar tuh sebab nampak tak comel , sebab tuh Cik Aina letak di sidebar Cik Aina . Apa pun , terima kasih sebab tegur dengan cara yang elok . Bukan seperti budak dalam gambar kat bawah neh . 

Tekan untuk pembesaran ;)

Sapa yang bodoh ? Cik Aina kaa ? Maaf . Cik Aina tak pandai macam awak .

Mungkin orang yang sama ataupun berbeza . Apa pun , jutaan terima kasih yaa sebab sudi singgah blog Cik Aina neh okayy ? :)

Cik Aina dah diciptakan macam neh & Cik Aina bersyukur sangat . Alhamdulillah . Puji pujian untuk Allah .

Rasanya lebih manis kalau letak nama kat kotak jerit tuh kan ?

♪ ♫ ♪ ♪ ♫ ♪ ♫ ♫ ♪ Aku memang manusia biasa ,
Yang tak sempurna dan kadang salah . . . . ♪ ♫ ♪ ♪ ♫ ♪ ♫ ♫ ♪


Nota comel : Cik Lynn , Cik Aina lagi terharu sebab Cik Lynn sudi singgah blog neh & jadi follower Cik Aina :)

Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

8 comments:

  1. was here and follow you.if don't mind follow me back.=)

    ReplyDelete
  2. kesian cik aina...Sabo je la~Aduhai...

    takpe cik aina,ni maksudnya ada org yang care dgn cik aina ni..siap stalk snyap2 lagi...peminat tu...

    mcm saya sunyi ja..takdak peminat snyap2 pun sedih jugak..tak dikenali kut.haha

    ReplyDelete
  3. @Miss Eiza haha ! mna awk taww xda pminat snyap2 ? dia stalk awk snyap2 , msty lah awk xtaw kankann ? :)

    ReplyDelete