Thursday, April 21, 2011

My 1st interview .

Okay . Temuduga Cik Aina teruk sangat sangat ! Rasa nak menangis jaa .

Cik Aina cakap berterabur habis . Broken English ? Hmm . Memang sah sah lah !

Mula mula kena buat ujian INSAK .

30 minit saja diberi untuk jawab 135 soalan . Gulpp ! Semangat gila buat . Nervous yang bersarang dalam hati sejak beberapa hari lalu tiba tiba hilang .

Kedua , temuduga berkumpulan . Nervous menyerang bertubi - tubi tanpa belas kasihan .

1. Describe your favourite teacher .
2. How this teacher helped you to excel in your studies .

Dia bagi seminit untuk baca soalan then start bercakap . Sapa rasa dia nak bercakap dulu boleh mula dulu . Gilaaaa ! Idea terbantut . Dup dap dup dap ! Orang lain semua cakap lancar jaa tapi Cik Aina tak . Terasa begitu bodoh saat itu :(

Ketiga , temuduga individu .

Teka nama sapa kena panggil dulu ? Yes yes ! Aina Nabilah binti Mansor .

Sangat ' bertuah ' kan nama Aina tuh ?

Cik Aina dah ready dengan soalan lain tapi lain pulak yang ditanya .

Soalan yang tak mungkin dapat dilupakan , Cik Aina terjemahkan dalam BM lah okay ? Senang sikit Cik Aina nak cakap , hihi .

Puan Penemuduga : Awak cakap sejak dari kecil , mak awak sebagai guru sekolah rendah selalu nyanyikan lagu kepada awak . Apa tajuk lagu itu ?
Cik Aina : Ba ba black sheep . * hoho
Puan Penemuduga : Sila nyanyikan .
Cik Aina : ♪ ♪ ♫ ♫ Ba ba black sheep have you any wool ♫ ♫ ♪ Yes sir yes sir three bag full ♫ ♪ ♫ Err .  * terberhenti *
Puan & Encik temuduga : * laughing *
Cik Aina : * laughing * I can't remember .
Puan temuduga : It's okay * smile *

Lepas nyanyi pitching lari masuk ke hutan , Encik Penemuduga lak tanya soalan yang . .  gila susah ! Dah lah susah nak dapat idea , lepas tuh nak kena terjemahkan dalam BI pulakk -.- Teruk lagi !

Bla bla blaaa & it's over .

Masuk masuk kereta , sebak terasa . Hampir menangis tapi tak menangis pun okayy ? Cik Aina KUAT , hoho . Berakhir lah sudah seksa temuduga pertama & mimpi buruk Cik Aina .

Balik rumah terus online check Laman Web Kolej Poly-Tech Mara & guess what ?

 Tekan gambar untuk pembesaran :)

Permohonan penukaran kos Cik Aina berjaya . Hihi . Yang penting kita apply jaa semua kan ? Nanti terlalu bergantung sangat dengan UPU , tengok tengok tak dapat . Dok rumah tunggu orang masuk meminang lah jawabnya . HAHA

Agak happy tapi Cik Aina masih berharap dapat masuk maktab walaupun temuduga tadi teruk . Cik Aina tak mau susahkan mak ayah Cik Aina sangat fikir pasal nak bayar yuran yang mahal . Yaa lah , Cik Aina mana kaya macam hgpaa . Cik Aina tak mau hampakan harapan mak ayah , harap Allah izinkan Cik Aina buat macam tuh :)

Pasrah .

Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

4 comments:

  1. ainaa..yg kolej polytech mara tu boleh mintak lagi x?

    ReplyDelete
  2. lawak la tmudga ang weyhhh...hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahahha.klakar laa.camne ehh lagu tu? tapi kann. kitorang ada gak yg kena nyanyi lagu tu.. and, time syed ade sorang je penemuduga. heheheh. lucky

    ReplyDelete