Monday, April 4, 2011

Berdosa kah Cik Aina ?

Bangun pagi . Gosok - gosok mata , tengok jam yang setia di dinding bilik . Haaaaa ? ! Lewatnyaa Cik Aina bangun hari neh . Semua gara - gara seluruh badan Cik Aina yang begitu sakit .

Cik Aina bangun usha kaki tembam Cik Aina , ada beberapa kesan lebam yang baru . Haish ! Padahal jatuh motor beberapa hari yang lepas , tapi baru sekarang nak timbul lebam - lebam tuh .

Lengan Cik Aina begitu sakit sampai kadang - kadang nak angkat tangan pun malas rasanya . Semuanyaa pasal Cik Aina nak tongkat motor yang dua dua belah punyaa , Cik Aina dengan confidentnya nak angkat motor Kriss lama kepunyaan ayah tersayangg padahal langsung tak bergerak pun . =.="

Waktu nak tongkat motor tuh lah , Cik Aina asyik dok rentap rentap motor tuh dengan tangan Cik Aina . Mula - mula Cik Aina tak rasa sakit sangat tapi lepas beberapa jam kemudian , Cik Aina mula rasa sakit kat lengan Cik Aina sampai ke bahu . Sakit sangat - sangat sampai sekarang , erghh !

Okayokayy , kembali ke tajuk asal Cik Aina .

Cik Aina sebenarnyaa ada sorang kawan yang baik sangat dengan Cik Aina . Hmm . . Dia neh sebenarnyaa tengah bergelumang dengan dosa yang Cik Aina tak bolehh nak share kat sini sebab terlalu peribadi . Cik Aina tau dia buat salah tapi Cik Aina berat hati nak tegur dia , rasa macam tak terluah sebab dia baik sangat dengan Cik Aina .

Arghhhh ! Cik Aina confius lah . Cik Aina bukan tak mau tegur dia tapi tak tau kenapa Cik Aina tak bolehh nak tegur . Cik Aina bukannya prefect sangat kan nak tegur orang neh , tapi Cik Aina tak mau dia terus bergelumang dengan dosa ! Cik Aina tak mau perangai dia neh melarat - larat . 

Sekarang Cik Aina cuma mampu benci perangai dia jaa . Tuh selemah - lemah cara nak mencegah kemungkaran kan ? Tapi kadang - kadang Cik Aina terfikir patut kah Cik Aina memberanikan diri menegur beliau ?

Sila silaa silaa tinggalkan pendapat okayyy ?

Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

2 comments:

  1. sapa tu aina??
    tegur je laa..kalau dy xmau dgr biar laa..
    asalkan kita dah buat apa yg patut. :)

    ReplyDelete
  2. Nor Syafiqah : tkot dy TERsinggung pulak =.="

    ReplyDelete