Wednesday, April 27, 2011

Aktiviti waktu petang .

Di petang yang panas terik , Cik Aina bercadang nak meluangkan masa dengan jalan jalan kat blog . Mengembara seluruh alam blog sampai juling mata besar Cik Aina .

Tadi Cik Aina sempat singgah blog sorang kawan lama Cik Aina . Lelaki . Rasa macam best pulakk blog mamat neh , dulu Cik Aina pernah singgah blog dia sambil follow beliau . Newbies gak macam Cik Aina , tapi biasa lah lelaki kan ? Dia jarang sikit nak update blog . Lagu kat blog dia memang perghhh ! Cik Aina suka sangat sangat . Rasa macam tak mau berganjak dari blog mamat neh . Cik Aina memang tertarik dengan blog yang letak lagu best .

Terlintas gak di hati nak tanya tajuk lagu tuh , tapi Cik Aina takut lah pulakk . Dulu pernah friend dengan mamat neh kat Facebook . Satu hari tuh , Encik E online Facebook Cik Aina . Si mamat neh pun chat lah dengan Encik E yang disangkakan Cik Aina . Dia cakap apa pun tak tau lah sampai Encik E delete dia dari Facebook . Haha !

Lupakan kisah lama .

Nak teruskan berjalan jalan . Tapi nak singgah blog sapa yaa ? Cik Aina agak memilih nak singgah blog orang . Okay , memang jahat ! Tapi Cik Aina akan singgah blog orang yang singgah blog Cik Aina ataupun blog followers Cik Aina .

Blog Cik Aina simple kan ? Mana cantik macam blog hgpaa . Cik Aina kalau boleh nak simplekan lagi blog Cik Aina , hihi . Cik Aina tak suka blog Cik Aina load lambat sangat . Cik Aina kalau boleh nak letak followers dengan kotak jerit jaa kat sidebar . Tapi Cik Aina rasa macam penting pulakk gambar , bloglist dengan banner GiveAway dengan contest tuh .

Cuba tengok banner kat bahagian GA + contest tuh , semakin kecik kan ? Haha . Rasa macam tak mau letak jaa banner tuh tapi nanti penyertaan Cik Aina kena reject pulakk walaupun Cik Aina tak pernahnya menang >.<

Lagu ? Memang teringin nak letak tapi atas sebab yang sama , Cik Aina tak letak . Cik Aina layan lagu kat blog hgpaa jaa lah noh ? Hihi .

Jomm jalan jalan :)

Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

2 comments:

  1. sy singgah blog cik aina.kihkih..hilangkan tension..

    ReplyDelete
  2. @ifnirsweet haha . thankss :) sila dtg lg , ngeee :D

    ReplyDelete