Thursday, March 31, 2011

Terjaga di awal pagi .

Macam entry yang Cik Aina taip kat bawah entry nehh , Cik Aina dengan semangatnyaa bercadang nak masak mi sup kegemaran hati kann ? Lepas jaa Cik Aina taip entry tuh , Cik Aina rasa mengantuk sangat & terus tidur . Bila adik Cik Aina nak ambil lappy yang ada kat depan Cik Aina waktu Cik Aina tertidur tuh , Cik Aina pun terjaga ! Lepas tuh Cik Aina siap pesan lagi kat Cik Aida ** adik Cik Aina ** suruh kejutkan Cik Aina bila pukul 9:00 pm . 

Tepat pukul 9:00 pm , Cik Aida pun kejutkan Cik Aina yang dok tidur dengan nyenyak sekali akibat letih yang teramat sangat setelah mendengar bebelan pakcekk yang ajar praktikal kereta Cik Aina . Bila Cik Aina terjaga lepas dikejutkan oleh adik tersayangg , Cik Aina p sambung pulakk tidur yang tergendala kat atas katil yang empuk gitu . 

*****

Pagi .

Bila Cik Aina tengah tidur nyenyak , Cik Aina rasa macam ada binatang kecik dok merayap atas badan Cik Aina . Cik Aina waktu tuh tengah syok tidur , lepas tuh Cik Aina pun dengan selamber pegang benda tuh & buang dari badan Cik Aina . Tak lama kemudian , binatang tuh merayap lagi kat atas badan Cik Aina tapi kali nehh Cik Aina rasa macam binatang tuh berair jaaa . Cik Aina pun buang benda tuh kat atas lantai .

Cik Aina dengar lah binatang tuh jatuh atas lantai . Lepas tuh Cik Aina cium bau tangan Cik Aina lepas pegang benda tuh . . Baunya teramat busukkkkkkkkkk ! Ya Allah , benda apa nehh ? Cik Aina pun meraba - raba katil empuk Cik Aina sebab nak cari fon Cik Aina yang Cik Aina letak mana pun tak tau sebab tertidur nyenyak punya pasal ! Lepas jumpa fon baru Cik Aina p basuh tangan Cik Aina tapi malangnya sampai sekarang bau tuh masih melekat kat tangan Cik Aina .

Memang busukk sangat ! Cik Aina sampai rasa nak termuntah bila bau tapi Cik Aina abaikan sajaa . Check fon . 6 messages received . 6 missed calls . Semua daripada Encik Emy & Atok Apik . Haha ! Sorry okayyy ? Tengah dok mesej dengan Encik Emy , mesej Abang Arli pun masuk ! Cik Aina yang semestinyaa kaki mengadu bak kata Abang Am pun mengadu kat dia . Haha ! 

Cik Aina cakap takut tapi Abang Arli neh fikir macam lain pulakk ! = =' Dia dok fikir Cik Aina ada masalah , mentang - mentang Cik Aina suka ada masalah . Dia balas mesej berapa kali jaa terus tak balas dah , apa maksudnyaaa ? Maksudnya dia dah tertidur ! Bertuah punya abang kan ? Dia mesej Cik Aina bila tak bolehh tidur & secara automatiknyaa dia akan tertidur bila mesej dengan Cik Aina . Adeyy .

Sekarang yang menjadi persoalan , binatang apa yang merayap kat badan Cik Aina ? Encik Emy kata lipas sebab lipas tuh ada yang busuk . Pelik kann ? 

Yang penting sekali , Cik Aina frust tertonggeng sebab tak dapat gak makan mi sup ! Grr ~ Esok jaa lah kita makan yaa wahai perut comel Cik Aina ? 

Tengah menaip entry dengan penuh rasa khusyuk , mak tersayang tiba - tiba bangun & menegur anaknyaa yang dok menghadap lappy neh . Cik Aina dengan automatiknyaa mengadu kat mak , rasanyaaa Cik Aina akui kot kata - kata Abang Am tempoh hari iaitu kuadd mengadu ! Haha .

Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

2 comments:

  1. ko mmg kuat mngdu pn..!btway,mmg best blog ko niey..!;)

    ReplyDelete
  2. Nur Syamimi : haha ! kuadd ngadu kaa ? maybe kuadd ngadu dengan orang - orang yang rapat dengan aku jaaa ! && thanksssssss sudi singgah sini

    ReplyDelete