Thursday, March 24, 2011

Terima kasih cikgu ! :)

Entry kali nehh mungkin akan disalah anggap sebagai entry yang menunjuk - nunjuk , gedik , tak malu dan sebagainyaa . Sila baca dengan minda yang positif .

Tujuan Cik Aina post entry nehh sebagai menghargai tunjuk ajar cikgu TERsayanggg :) Sampai bila pun Cik Aina tak mungkin dapat balas jasanyaaa . Terasa sedikit sebak dan terharu bila mengimbau balik zaman - zaman sekolah .

Dulu Cik Aina memang ANTI sangat sangat sangat dengan Encik Akaun ! Rasa macam menyusahkan jaa bergelut dengan Encik Akaun selama dua tahun , pernah juga Cik Aina terfikir nak drop Akaun waktu Cik Aina Form 5 . Takut dapat result 'hudohh' bila failed Akaun waktu SPM nanti , kawan - kawan Cik Aina pun ada yang nak drop Akaun . Lepas tuh dpaa kena lah menghadap pengetua dengan pelbagai alasan semata - mata nak drop Akaun ! Tapi mulut pengetua yang 'kaw kaww' membuatkan niat dpaa & Cik Aina mati begitu saja .

Segalanya bermula bila Cik Aina daftar masuk ke tusyen D' Lima Sinar **promote** . Cik Aina dapat cikgu tusyen , Teacher Uma . Teacher Uma nehh ajar Cik Aina Matematik & Akaun . Disebabkan mulut Cik Aina yang ramah terlebih nehh membuatkan Cik Aina rapat dengan Teacher Uma , ngeeee :D 

Sebelum Cik Aina belajar dengan Teacher Uma nehh otak Cik Aina memang kosong pasal bab - bab Encik Akaun sebab waktu Cik Aina Form 4 , Cik Aina banyak main - main jaa kat sekolah . Asas Akaun Cik Aina memang lemah sangat , bayangkan macam mana nak cover Encik Akaun yang Form 4 & Form 5 punyaa dalam masa setahun jaa ? = =' Nasib baik Cik Aina pindah balik SMK Tanjong Puteri .

Lepas Cik Aina belajar Akaun dengan Teacher Uma , minat terhadap Akaun dah mula timbul dalam hati Cik Aina . Teacher Uma nehh pulakk suka kaitkan Encik Akaun dalam kehidupan seharian kita , jadi mudah sikit lah nak faham kan ? Otak Cik Aina pun dah mula dipenuhkan dengan ilmu - ilmu Akaun yang diajar oleh beliau . 

Setiap kali exam Akaun , Cik Aina mesti failed ! Tak pernah nyaaa lulus , tuh sebenarnya yang membunuh semangat Cik Aina . Lagipun Cik Aina suka tak bagi perhatian dalam kelas , mulut Cik Aina nehh tak reti nak dok senyap langsung ! Berapa kali dah kena tegur dengan cikgu Akaun kat sekolah sampai Cik Aina rasa Cikgu Norita [ cikgu Akaun kat sekolah ] pun dah meluat dengan Cik Aina :'( **suka fikir negatif**

Perangai Cik Aina mula berubah lepas trial SPM , Cik Aina failed juga dalam trial Akaun tuh . Pernah sekali tuh Teacher Uma cakap kat Cik Aina yang dia harap sangat Cik Aina dapat score dalam Akaun . Tak pernah lah ada orang yang berharap Cik Aina dapat score dalam Akaun termasuk diri sendiri . Mungkin sebab tuh , Cik Aina tiba - tiba jaa tekad dah tak mau failed lagi dalam Akaun , terima kasih :).

Cik Aina mula tumpukan perhatian dalam kelas , rajin juga lah buat soalan - soalah trial setiap negeri yang cikgu bagi . Cik Aina lebih fokus nak buat soalan 1 yang WAJIB akan keluar kat kertas Subjektif , banyak tau markah kat situ ! Tapi tahun nehh budak - budak Akaun tak kann jumpa lagi soalan tuh dalam kertas Subjektif SPM dpaa . Cikgu kat sekolah lebih tekankan soalan Subjektif manakala cikgu tusyen pulakk lebih tekankan soalan Objektif , kiranyaaa Cik Aina tak daa lah tension sangat nak cover dua - dua bahagian dalam satu masa .

Cikgu Norita pun dah mula nampak perubahan Cik Aina & mula tumpukan perhatian kat Cik Aina sebab Cik Aina kan selalu jaa failed dalam Akaun . Cik Aina pun terus belajar belajar & belajar Akaun dengan harapan dapat lulus Akaun dalam SPM nanti .

*****

Bila saatnya Cik Aina tengok slip SPM Cik Aina , rasa terkejut sangat bila nampak huruf B sebaris dengan Prinsip Perakaunan . OMG ! Rasa macam tak sangka + happy sangat . Cik Aina & kawan - kawan terus p jumpaa Cikgu Norita , cakap terima kasih paa semua ! Kawan Cik Aina [ Cik Wan ] iaitu orang yang nak sangat drop Akaun tuh dapat A tau ! Bayangkan betapa ruginyaa kalau dia putus asa dengan Encik Akaun sebelum nehh ?

Bila Cik Aina sampai rumah , Cik Aina hantar mesej kat Teacher Uma cakap terima kasih sebab dia salah satu sebab PENTING Cik Aina dapat keputusan macam tuh . Petang tadi baru Teacher Uma balas mesej Cik Aina lalu buat Cik Aina terfikir nak post entry nehh . 


'Im hapi 2 c ur sms aina. Congrat n best wishes 4ur future. Keep in touch dear.'

Cik Aina nak simpan mesej nehh sampai bila - bila & Cik Aina rasa blog tempat yang paling terbaik :)

Terima kasih cikgu sebab tanpa beliau , Cik Aina mungkin masih lagi leka sampai sekarang .

Penghargaan dan jutaan terima kasih untuk beliau serta cikgu - cikgu yang ajar Cik Aina dari tadika sampai dah besar panjang macam nehh , jasamu dikenang selamanyaa :)

Mungkin entry nehh akan disalah erti , tapi ingin Cik Aina TEGASkan entry nehh semata - mata untuk menghargai cikgu - cikgu Cik Aina & mungkin dapat dijadikan pengajaran untuk budak - budak yang nak ambil SPM . Tak lambat lagi untuk berubah sekarang :)

Terima kasih daun keladi , lain kali singgah lagi :')

2 comments: